Tuesday, February 12

NGERI; FIXI

NgeriNgeri by Gina Yap Lai Yoong
Halaman: 231
Penerbit: Buku Fixi
My rating: 3 of 5 stars

Agak lama aku mengambil kira pertimbangan untuk membaca NGERI ini. Kerana? Bagi orang yang takutkan kisah mistik dan thriller macam aku ni, NGERI memang mengerikan. Sebab, aku akan terbayang setiap kali berlakunya pembunuhan ngeri! Puas aku cuba untuk menghapuskan bayangan ngeri setiap kali berlakunya kejadian yang seram, ngeri, menyakitkan, seksa dan sewaktu dengannya.

Jalan cerita yang mana, aku kira, memang kreatif habis la. Tanpa disangka-sangka orang mana yang terlibat sebenarnya. Tapi aku dah dapat agak siapa dalangnya bila melihat akan kesungguhan si pembantu profesor yang bersemangat komen tiap kali group Sam submit esaimen mereka.

Kisahnya, di mana setiap kumpulan harus menyiapkan filem pendek yang mana harus melalui 4 peringkat. Kumpulan Sam yang terdiri daripada Rehan, Sam dan Jo menghadapi masalah bilamana setiap kali menghantar skrip kepada Prof.Bazri untuk disemak, Prof akan menolak habis-habisan. Masakan tidak, bagi Prof, idea dari kumpulan mereka agak tidak masuk akal, tidak logik dan realistik.

Nak dijadikan cerita, kes pembunuhan pertama telah terjadi mengikut skrip pertama iaitu Pembunuh Ais Beku. Mangsa ialah, anak perempuan kepada si penjual burger yang Sam telah mengamuk pada satu malam.

Kes pembunuhan kedua ialah, Pencinta Pinocchio. Mangsa, Jack, si lawan Sam untuk perlumbaan haram. Kematian Jack memang mengerikan!

Dan, Prof.Bazri mulai curiga dengan kes-kes pembunuhan ini yang mana betul-betul mengikut skrip yang dihantar oleh kumpulan Sam. Masuk kes ketiga, sekali lagi sama dengan skrip Harta Karun Manusia. Badan mangsa dikerat-kerat dan disembunyikan di tempat yang berbeza.

Untuk skrip terakhir iaitu Terperangkap Dalam Rumah, sekali lagi Prof.Bazri menolak. Lantas Rehan menyumbang idea secara drastik iaitu menculik Prof.Bazri namun dilepaskan secara baik oleh Jo. Malangnya, sekali lagi Prof.Bazri diculik dan dijadikan bahan ujikaji mengikut skrip Terperangkap Dalam Rumah dan menemui ajal dengan cara yang sangat sadis.

Sam, Rehan dan Jo ditangkap polis. Lalu bagaimana mereka boleh terlepas? Jawapannya, ada di dalam NGERI! ;)


Cumanya, aku kurang berkenan dengan tulisan perbualan telefon dan email dalam kotak-kotak tu. Agak memeningkan nak baca dengan tulisan dan kotak rapat-rapat.
Watak Rehan yang aku jangka, budak baik juga tidak dikembangkan secara baik kerana lebih menumpukan kepada Sam.
Dan juga, setiap kes bunuh itu tidak diterangkan secara terperinci.

Tapi, NGERI boleh dikatakan terbaik!


P/S; Aku kira, kalaulah kes-kes sedemikian betul-betul berlaku di Malaysia, mahunya geng-geng CSI Horatio, Mac Taylor datang sini tolong PDRM kita. Hahha.

****************

SINOPSIS :

Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang dari mereka?


No comments: